Monday, August 10, 2009

12 JENIS AZAB BAGI MEREKA YANG MENINGGALKAN SOLAT DI DUNIA INI

ASSALAMMUALAIKUM UNTUK SEMUA PEMBACA


SAYA PERTURUNKAN HADITH RASULLULLAH INI ADALAH KERANA INGIN MEMANJANGKAN NASIHAT DAN PESANAN RASULLULLAH SERTA MEMBERI TEGURAN KE ATAS DIRI SAYA SERTA SAUDARA SEAGAMA YANG SAYA CINTAI...


BERSAMA-SAMALAH KITA MENJAGA KESELAMATAN DIRI KITA KETIKA ANYWA KITA AKAN DIAMBIL OLEH MALAIKAT MAUT DAN SEBELUM ITU MARILAH KITA KETAHUI APAKAH YANG AKAN MENYUKARKAN PROSES MENGAMBIL NYAWA KITA SEBAGAI SEMPADAN DAN TAULADAN BAGI KITA MEMPERBANYAKKAN AMAL IBADAT...


Dalam sebuah hadis menerangkan bahawa Rasulullah S.A.W telah bersabda :



"Barangsiapa yang mengabaikan solat secara berjemaah maka Allah S.W.T akan mengenakan 12 tindakan yang merbahaya ke atasnya.

Tiga darinya akan dirasainya semasa di dunia ini antaranya :



1. Allah S.W.T akan menghilangkan berkat dari usahanya dan begitu juga terhadap rezekinya.


2. Allah S.W.T mencabut nur orang-orang mukmin daripadanya.


3. Dia akan dibenci oleh orang-orang yang beriman.



Tiga macam bahaya adalah ketika dia hendak mati, antaranya :



1. Ruh dicabut ketika dia di dalam keadaan yang sangat haus walaupun ia telah meminum seluruh air laut.


2. Dia akan merasa yang amat pedih ketika ruh dicabut keluar.


3. Dia akan dirisaukan akan hilang imannya.



Tiga macam bahaya yang akan dihadapinya ketika berada di dalam kubur, antaranya :



1. Dia akan merasa susah terhadap pertanyaan malaikat mungkar dan nakir yang sangat menggerunkan.


2. Kuburnya akan menjadi cukup gelap.


3. Kuburnya akan menghimpit sehingga semua tulang rusuknya berkumpul (seperti jari bertemu jari)



Tiga lagi azab nanti di hari kiamat, antaranya :



1. Hisab ke atasnya menjadi sangat berat.


2. Allah S.W.T sangat murka kepadanya.


3. Allah S.W.T akan menyiksanya dengan api neraka.


SEMOGA SAYA, AHLI KELUARGA SAYA, SAUDARA DAN SAUDARI SEKALIAN DAPAT MENGAMBIL TAULADAN DI ATAS DAN KURANGKAN MENUMPU PERHATIAN KEPADA BUKAN PERKARA YANG BERSANGKUTAN DENGAN HIDUP KITA...


PERBANYAKKANLAH AMAL IBADAT SEIKHLAS-IKHLASNYA KEPADA ALLAH...


KASIHILAH DIRI SENDIRI, KELUARGA KITA , JIRAN TERTANGGA DAN KAUM MUSLIMIN SERTA MAKHLUK ALLAH YANG LAIN... SEMOGA KITA DIBERIKAN PANDUAN DAN RAHMAT ALLAH SENTIASA...AMIN

No comments: