Friday, July 17, 2009

SURAH AL-FATIHAH

1. INSYALLAH SAYA AKAN MUATKAN TERJEMAHAN AYAT SUCI AL QURAAN DARI SUMBER YANG SAH BERMULA DARI SURAH AL FATIHAH SEHINGGALA KE SURAH YANG TERAKHIR DAN SEKIRANYA ADA KESILAPAN DALAM TERJEMAHAN AYAT MOHON MAKLUMKAN DENGAN SEGERA SUPAYA PEMBETULAN DAPAT DILAKUKAN.

2. TUJUAN USAHA INI DIADAKAN ADALAH UNTUK MEMBIASAKAN DIRI SAYA SUPAYA MEMBACA MAKSUD AYAT YANG ALLAH TURUNKAN DAN DENGAN MEMAHAMI MAKSUDNYA MAKA LEBIH BERMAKNA KETIKA MEMBACANYA.

4. KEPADA SAUDARA ISLAM KU YANG LAIN.. SAMA-SAMALAH KITA MEYEMARAKKAN KESUCIAN AYAT SUCI ALLAH INI DENGAN MEMBACA MAKSUDNYA AGAR KITA MENDAPAT PANDUAN DARI ALLAH UNTUK KEHIDUPAN SEMENTARA DI DUNIA INI.

INSYALLAH

Surah Al- Faatihah (Ayat 1 - 7)


[1] Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.


[2] Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.


[3] Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.


[4] Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat).


[5] Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.


[6] Tunjukilah kami jalan yang lurus.


[7] Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.

AMIN

No comments: